Lokasi mayat terakhir mangsa korban tragedi tanah runtuh di Batang Kali telah banyak kali dilalui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sejak hari pertama pencarian digerakkan.
Begitu pun, mayat kanak-kanak yang juga mangsa ke-31 ‘gagal dikesan’ meskipun menggunakan bantuan anjing dari unit pengesan (K9).
Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata pihaknya akui hampir berputus asa sekiranya mangsa tidak ditemukan.